Kelab Students on Campus dilancar

Kelab Students on Campus dilancar

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 25 Mei – Dalam usaha memupuk minat dan kemahiran pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, Politeknik Brunei hari ini melancarkan Kelab Students on Campus di Dewan Teater, Kampus Politeknik Lumut, di sini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai dan Pengerusi Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET), Politeknik Brunei, Simon Leong Kian Ann.

Kelab Students on Campus merupakan perkongsian bagi minat dan kemahiran mendalam, sumber, sokongan dan inspirasi sesama sendiri dalam kalangan pelajar yang menjalani pengajian IET di Politeknik Brunei,  selain menaikkan profil mereka di dalam mahu pun luar kampus.

Keahlian Kelab Students On Campus IET itu dibukakan kepada mana-mana pelajar sains atau kejuruteraan yang mana mereka akan mendapat akses penuh kepada perkhidmatan IET dalam talian dan sumber-sumber penerbitan IET yang boleh membantu mereka dalam pelajaran masing-masing.

Denis Ho Mun Tai dan Simon Leong Kian Ann menandatangani plak pada majlis pelancaran kelab tersebut.
Denis Ho Mun Tai dan Simon Leong Kian Ann menandatangani plak pada majlis pelancaran kelab tersebut.
Denis Ho dan Simon Leong turut bergambar ramai semasa Majlis Pelancaran Kelab Students on Campus.
Denis Ho dan Simon Leong turut bergambar ramai semasa Majlis Pelancaran Kelab Students on Campus.

IET merupakan badan profesional terkemuka di dunia bagi komuniti kejuruteraan dan teknologi, mempunyai lebih 150,000 ahli dalam sebanyak 127 buah negara dan pejabat di Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik.

IET menyediakan rangkaian pengetahuan global untuk memudahkan pertukaran idea dan menggalakkan peranan positif sains, kejuruteraan dan teknologi di dunia.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi di http://www.theiet.org/students/you-and-iet/on-campus/overview.cfm.

ARTIKEL YANG SAMA