Kelahiran anak damit awal tahun Hijrah diraikan

Kelahiran anak damit awal tahun Hijrah diraikan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Pada tahun ini, seramai 16 orang anak damit telah dilahirkan di seluruh negara pada 1 Muharam 1438 Hijrah, yang lahir bermula masuk waktu Maghrib 1 Muharam 1438 Hijrah sehingga berakhirnya waktu Asar 1 Muharam 1438 Hijrah.

Sehubungan itu, anak-anak damit yang digelar anak damit 1 Muharam 1438 Hijrah ini telah diraikan dalam majlis penyampaian hadiah sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kelahiran dicatatkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan dua dicatatkan di Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), manakala itu, di Daerah Belait sebanyak dua kelahiran telah dicatatkan. Sementara itu, tiada kelahiran dicatatkan di Daerah Tutong dan juga Daerah Temburong.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis penyampaian hadiah berlangsung di Bilik Seminar 1 dan 2, Tingkat 2, Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital RIPAS, di mana tujuh orang anak damit lelaki dan lima orang anak damit perempuan diraikan.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyempurnakan penyampaian hadiah dan meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyempurnakan penyampaian hadiah dan meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.
Anak-anak damit bersama ibu bapa masing-masing diraikan pada majlis tersebut.
Anak-anak damit bersama ibu bapa masing-masing diraikan pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain semasa meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain semasa meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.

Anak damit pertama yang dilahirkan pada Awal Tahun Hirah 1438 ialah anak damit dari Daerah Brunei dan Muara iaitu anak damit lelaki kepada pasangan Dayang Siti Nurul Hamizah binti Haji Kula dan Pengiran Khairul Iqbal bin Pengiran Haji Metahir pada pukul 6:16 petang.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Salah seorang bapa kepada anak damit yang baru lahir menerima hadiah daripada Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew.
Salah seorang bapa kepada anak damit yang baru lahir menerima hadiah daripada Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew.
Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.
Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Zalina semasa meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.
Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Zalina semasa meraikan kelahiran anak-anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam.
Pehin Haji Mohammad semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.
Pehin Haji Mohammad semasa menyempurnakan penyampaian hadiah.

Turut menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan isteri, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar dan Pengerusi Lembaga Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan Anak-Anak Syarikatnya, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud dan isteri, Datin Hajah Saidah binti Haji Mohd Said.

Setiap seorang anak damit yang dilahirkan pada awal Muharam menerima hadiah berupa barangan keperluan ibu dan anak damit bernilai $200 daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama; Akaun Simpanan SiManja berjumlah $250 daripada Perbadanan TAIB, baucar Takaful Nur Savings berjumlah $250 serta Baby Rocking Chair daripada Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan Anak-Anak Syarikatnya.

Selain daripada untuk melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kelahiran anak damit pada hari yang baik dan bersejarah serta membesarkan Sambutan Awal Tahun Hijrah, majlis ini merupakan salah satu cara menyebarkan dakwah Islamiah dan menjadikan Takwim Hijrah terus mendapat tempat penggunaannya dari semasa ke semasa.