Kelantan waspada kebangkitan S’wak

Kelantan waspada kebangkitan S’wak

KOTA BAHARU, 1 Mei (Bernama) – Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) untuk bertemu Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.

“Sebolehnya kita tak mahu balik tangan kosong dan Amutu rasanya dia mampu beraksi dan dia sendiri mahu bermain,” kata jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah.

“Saya yakin beliau mampu beraksi dan moral pemain ketika ini amat baik, selain itu kita masih ada Mohd Nor Farhan Muhammad, Wan Zack Haikal Wan Noor dan lain-lain, kita mahu mencapai kemenangan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA