Kelas Bimbingan Muslimah semarakkan bacaan Al-Quran

Kelas Bimbingan Muslimah semarakkan bacaan Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA – Sebagai usaha untuk meningkatkan semangat terus membaca Al-Quran dari semasa ke semasa dengan baik dan sempurna, Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Pekan Seria dan Masjid Kampung Sungai Liang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi muslimah-muslimah Masjid Pekan Seria dan Masjid Kampung Sungai Liang yang berlangsung di Masjid Pekan Seria baru-baru ini.

Seramai 17 orang muslimah masjid telah menyertai Khatam Al-Quran yang turut bertujuan untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Selain dihasratkan untuk menjadi contoh kepada muslimah masjid yang lainnya, ia juga diharapkan dapat menarik minat mereka yang belum menyertai kelas bimbingan muslimah di masjid –masjid.

Pelajar-pelajar di Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Pekan Seria dan Masjid Kampung Sungai Liang telah dibimbing oleh Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Haji Omar.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Antara peserta-peserta Muslimah Masjid Pekan Seria dan Masjid Kampung Sungai Liang pada Majlis Khatam Al-Quran.
Antara peserta-peserta Muslimah Masjid Pekan Seria dan Masjid Kampung Sungai Liang pada Majlis Khatam Al-Quran.

pgm8_150615_c

ARTIKEL YANG SAMA