Kelas CEO untuk anak-anak anda?

Kelas CEO untuk anak-anak anda?

CHINA – “Serahkan anak anda, kami akan kembalikan anak anda sebagai pemimpin masa depan,” satu kenyataan pada sebuah poster di luar sebuah agensi latihan pendidikan di Guangzhou, Wilayah Guangdong.

Menurut seorang ahli kakitangan agensi tersebut, ia menawarkan kelas-kelas untuk memperkembangkan ‘ciri-ciri seorang CEO’ dalam dir kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun. Kos bagi kelas eksklusif itu begitu tinggi iaitu 50,000 yuan (AS$7,500) setahun bagi satu atau dua sesi mingguan.

Di sebuah kelab golf di Daerah Tianhe bandar tersebut, satu kursus selama lima hari bagi kanak-kanak telah membuka pendaftaran bagi kemasukan para pelajar ketika cuti musim panas. Seorang jurulatih yang bernama Deng memberitahu wartawan Xinhua bahawa kursus itu mengajar pengetahuan dan pergerakan asas, serta etika dalam sukan golf, bertujuan untuk menyemai ketahanan fizikal dan mental kanak-kanak.

Kelas-kelas mewah seperti ini begitu popular dalam kalangan ibu bapa yang kaya raya di bandar tersebut. Seorang lelaki yang bernama Liao telah mendaftarkan anak perempuannya yang berusia dua tahun bagi kelas persendirian Bahasa Inggeris. Kursus yang mengenakan kos sebanyak 8,800 yuan itu mempunyai sekitar 15 orang pelajar dan menyediakan dua kelas setiap minggu.

“Kebanyakan ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka dan kurang daripada sejam, kelas sudah penuh,” jelas Liao.

Sebahagian ibu bapa mendakwa kelas-kelas CEO tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.
Sebahagian ibu bapa mendakwa kelas-kelas CEO tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.
Kursus-kursus latihan telah memberikan tekanan yang besar kepada kanak-kanak.
Kursus-kursus latihan telah memberikan tekanan yang besar kepada kanak-kanak.

Dengan bertambahnya ‘kelas-kelas CEO’ di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aduan-aduan mengenai iklan-iklan yang mengelirukan bagi kursus-kursus seperti itu juga bertambah dengan banyaknya. Dalam enam bulan pertama 2016, lebih daripada 2,600 aduan telah diterima oleh Persatuan Pengguna China.

Kelas CEO diragui

Kebanyakan hasil daripada kelas-kelas kurikulum tambahan ini begitu diragui, dengan sebahagian ibu bapa mendakwa kelas-kelas tersebut tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Dalam salah sebuah kelas ‘latihan CEO’, kanak-kanak kecil boleh dilihat bermain di sebuah bilik ketika hujung minggu. Seorang ahli kakitangan bagi pertubuhan latihan tersebut berkata mereka menyediakan latihan berfikir, kuiz-kuiz mengisi kotak kosong, kemahiran praktikal seperti mendirikan atau memasang model.

“Hakikatnya, kelas itu menyediakan sebuah tempat untuk kanak-kanak bermain bersama. Ia sebenarnya sebuah pertubuhan penjagaan kanak-kanak,” kata Liao.

Kursus golf mengajar pengetahuan dan pergerakan asas, serta etika dalam sukan golf, bertujuan untuk menyemai ketahanan fizikal dan mental kanak-kanak.
Kursus golf mengajar pengetahuan dan pergerakan asas, serta etika dalam sukan golf, bertujuan untuk menyemai ketahanan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Sesetengah ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka kerana mereka tidak mahu melihat anak mereka ketinggalan dengan kanak-kanak sebaya yang lain.”

Seorang kakitangan di sebuah kelab joki di Shenzhen berkata ramai ibu bapa mengikut kawan-kawan mereka untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

“Mereka semua daripada keluarga yang kaya,” katanya.

Khuatir memberi kesan sebaliknya

Masalah keselamatan juga timbul. Di salah sebuah kelab joki di Shenzhen, di mana sebuah kelas telah dibuka untuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun atau lebih pada awal tahun ini, para jurulatih dan kemudahan yang disediakan tidak dipersiapkan untuk menangani kanak-kanak, mencetuskan ancaman bagi keselamatan kanak-kanak.

Para pakar memberi amaran bahawa kelas-kelas latihan yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa depan itu mungkin akan memberikan kesan sebaliknya.

Kos bagi kelas eksklusif itu begitu tinggi iaitu 50,000 yuan (AS$7,500) setahun bagi satu atau dua sesi mingguan.
Kos bagi kelas eksklusif itu begitu tinggi iaitu 50,000 yuan (AS$7,500) setahun bagi satu atau dua sesi mingguan.

Kanak-kanak yang masih kecil tidak mungkin dapat menilai maklumat dan berkomunikasi seperti orang dewasa, jadi ia menimbulkan persoalan sama ada kanak-kanak itu mampu memperkembangkan kemahiran kepimpinan, menurut seorang profesor pendidikan, Fan Haiguang, di Universiti Capital Normal.

Bahkan, cuti musim panas adalah masa untuk kanak-kanak berehat, tetapi kursus-kursus latihan telah memberikan tekanan yang besar ke atas kanak-kanak, jelasnya.

Seorang guru sekolah rendah dari Beijing, Li Ran, berkata bahawa ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka bagi menjalani kelas-kelas latihan dengan harapan untuk menjadikan mereka lebih kompetitif dalam peperiksaan atau semata-mata kerana megah diri, tetapi itu mungkin mengekang minat anak itu dan menjadikan mereka tidak keberatan untuk memberikan tumpuan dalam sesi-sesi latihan itu.

Beliau memberikan nasihat bahawa ibu bapa perlu memilih kursus-kursus latihan berdasarkan minat anak-anak mereka dan menggalakkan anak mereka untuk melakukan kerja-kerja harian rumah bagi meningkatkan kemahiran kehidupan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA