Kelas kek Bake Culture dapat sambutan

Kelas kek Bake Culture dapat sambutan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Bake Culture terus mencuri perhatian pengunjung pada Pameran Pengguna ke-18 apabila kelas membuat kek oleh cef-cef yang memenangi beberapa anugerah dari luar negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pendaftaran bagi kelas yang dikendalikan oleh chef terkenal dari Taiwan itu masih lagi dibuka kepada orang ramai secara online di www.bruneiconsumerfair.com.

Yuran pendaftaran untuk kelas tersebut ialah $55 bagi setiap sesi dengan terma dan syarat yang ditetapkan, dan dalam kenyataan akhbar sebelum ini, 20 peserta pertama yang membuat pendaftaran akan menerima apron edisi terhad secara percuma.

Kelas juga ditawarkan secara pakej iaitu $90 untuk dua sesi, $120 untuk tiga sesi dan $150 bagi empat sesi. Hanya sembilan sesi diadakan sepanjang acara lima hari itu nanti.

Kelas yang menawarkan tempat terhad itu, membawakan dua tema yang terdiri daripada ‘European-style Baking’ dan ‘Sweet Buns’ untuk dipilih oleh para peserta.

Orang ramai yang menghadiri kelas membuat kek anjuran Bake Culture pada Pesta Pengguna, kelmarin.
Orang ramai yang menghadiri kelas membuat kek anjuran Bake Culture pada Pesta Pengguna, kelmarin.

Pesta Pengguna ke-18 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas itu membuka tirainya kelmarin hingga 29 Mei ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali Jumaat yang ditutup sementara dari 12 tengah hari hingga 2 petang untuk beri laluan Solat Jumaat.

ARTIKEL YANG SAMA