Kelasi Amerika guna teknologi bantu bawa rakan pulang

Kelasi Amerika guna teknologi bantu bawa rakan pulang

TOKYO, 28 Jun (AP) – Seorang kelasi Amerika telah menggunakan teknologi berasaskan awan (cloud) bagi telefon bimbit untuk lebih mudah bagi para sukarelawan bergilir-gilir menghantar pulang rakan-rakan yang mabuk, satu usaha yang mengurangkan mereka yang mabuk memandu dalam kalangan anggota tentera laut.

Usaha itu, yang telah diuji di Kawalan Sistem Tentera Laut di Charleston, Selatan Carolina, dari bulan Februari, juga boleh mengurangkan ketegangan di pulau barat daya Jepun, Okinawa yang mana kebanyakan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun ditugaskan di sana.

Keberangan orang ramai telah tercetus di Okinawa kerana tanggapan bahawa kehadiran ramai ketenteraan akan membawa kepada lebih banyak jenayah.

Dalam tempoh bulan lalu, seorang pekerja awam dan seorang kelasi di pangkalan Okinawa telah diberkas kerana disyaki memandu ketika mabuk selepas kereta terlibat dalam kemalangan.

Itu menyusuli penangkapan bekas marin AS, yang disyaki merogol dan membunuh seorang wanita di Okinawa.

Pegawai kecil Michael Daigle memulakan perkhidmatan Safe-ride, dengan menggunakan Cloud Phone, Voxox di San Diego, yang menelan kos hanya $15 sebulan.

Setakat ini ia sangat berjaya dan Daigle melahirkan harapan ia akan digunakan secara meluas dalam kalangan tentera laut, termasuklah pengangkut pesawat tentera yang mungkin berlabuh di pelbagai pelabuhan di seluruh dunia, dan juga pangkalan luar negara.

“Dalam ketenteraan DUI cenderung menjadi isu besar kebanyakannya kerana ia memusnahkan karier anda dan akhirnya kami kehilangan banyak kelasi,” katanya dalam temu bual telefon hari ini, dengan menggunakan akronim bagi ‘memandu di bawah pengaruh’ alkohol.

Di seluruh ketenteraan, seseorang yang didapati mabuk dan memandu boleh disingkirkan daripada perkhidmatan, ujarnya.

Teknologi itu berfungsi seperti talian utama, yang membolehkan kelasi yang dalam keadaan mabuk menghubungi satu nombor yang telah ditetapkan secara digital supaya panggilan terus kepada pelbagai nombor kelasi-kelasi yang bersiap sedia, yang sukarela awal untuk memandu.

ARTIKEL YANG SAMA