Kelewatan Greece menghantar pelarian

Kelewatan Greece menghantar pelarian

ATHENS, 20 Mac (AFP) – Greece tidak akan dapat mula menghantar orang pelarian kembali ke Turki hari ini, menurut kerajaan, ketika negara itu berusaha melaksanakan perjanjian penting yang bertujuan mengurangkan krisis penghijrah Eropah.

Dibawah perjanjian yang dicapai antara Brussels dan Ankara minggu lalu, para pelarian yang sampai kepulauan Greece akan dihantar balik ke Turki. Bagi setiap warga Syria yang dikembalikan, Kesatuan Eropah (EU) akan menempatkan semula seorang dari kem pelarian Turki.

Perjanjian yang bertujuan untuk menyekat laluan utama yang telah digunakan para pendatang yang membuat perjalanan ke EU dan tidak menggalakkan penyeludup orang, tetapi ia menerima kritikan dari kumpulan-kumpulan hak asasi kemanusiaan dan beribu-ribu orang keluar ke jalan raya Eropah dalam membantah.

Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras memberitahu para menterinya tengah hari semalam supaya bersedia untuk mula menghantar orang pelarian pada hari berikutnya, seperti yang dipersetujui, tetapi selepas itu para pegawai berkata mereka perlukan lebih masa untuk membuat persediaan.

Greece tidak akan dapat memulakan penghantaran pelarian kembali ke Turki hari ini, kerajaan berkata, apabila negara itu berusaha untuk melaksanakan perjanjian utama yang bertujuan untuk mengurangkan krisis pendatang Eropah. - AFP
Greece tidak akan dapat memulakan penghantaran pelarian kembali ke Turki hari ini, kerajaan berkata, apabila negara itu berusaha untuk melaksanakan perjanjian utama yang bertujuan untuk mengurangkan krisis pendatang Eropah. – AFP

“Perjanjian untuk menghantar balik ketibaan baru ke kepulauan menurut teks,seharusnya berkuat kuasa pada 20 Mac,” penyelaras kerajaan bagi dasar pelarian (agensi penyelarasan pelarian) iaitu jurucakap Giorgos Kyritsis memberitahu AFP. “Tetapi rancangan seperti ini tidak boleh dikuatkuasakan hanya dalam tempoh 24 jam.”

Kira-kira 1,500 orang menyeberangi Aegean menuju kepulauan Greece Jumaat lalu sebelum perjanjian itu dikemukakan, para pegawai berkata lebih dua kali ganda sehari sebelumnya dan berbanding dengan tujuh ratus sehari awal minggu ini.

Anak damit berusia empat bulan mati lemas apabila bot yang membawa pelarian karam di perairan Turki semalam, beberapa jam sebelum perjanjian berkuat kuasa, lapor agensi Anatolia, Turki.