Kelindan lori maut nahas jalan raya di Beluran

Kelindan lori maut nahas jalan raya di Beluran

BELURAN, 12 Ogos – Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera parah selepas lori yang mereka naiki terbabas di Jalan Beluran-Paitan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Ardi Muddin, 25, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori, Bahar Nawiri, 34, patah tulang rusuknya.

Beliau berkata lori yang mereka naiki dari Sandakan menuju ke Sugut, Paitan dengan muatan 10 pembetung, terbabas semasa menuruni bukit dalam kejadian pukul 8.30 pagi.

Katanya mayat mangsa dan pemandu yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke Hospital Beluran. Sivanathan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – Bernama