Keluar negara guna pasport orang lain

Keluar negara guna pasport orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Seorang lelaki Malaysia dikenakan denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan membantu seorang lelaki lain untuk keluar dari Brunei Darussalam dengan menggunakan pasport milik orang lain.

Jumau Anak Manggu, 24, didakwa pergi ke Limbang pada 24 Oktober 2014 bersama dua lelaki lain iaitu Muhammad Zulfadhli bin Haji Baha dan Mohammad Norshazwan Shafiq Norsukiman apabila pihak imigresen di Pos Kawalan Kuala Lurah menahan mereka selepas curiga terhadap pasport yang ditunjukkan.

pg06_150810_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, defendan dan Muhammad Zulfadhli telah menyerahkan pasport mereka tetapi Mohammad Norshazwan didapati menggunakan pasport milik orang lain.

Siasatan mendapati defendan mengetahui Mohammad Norshazwan menggunakan pasport milik orang lain malah membantunya untuk berlepas dari pos kawalan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA