Keluar wang melalui Card-I BIMB di stesen Petronas Sabah/S’wak dapat sambutan

Keluar wang melalui Card-I BIMB di stesen Petronas Sabah/S’wak dapat sambutan

KUCHING, 21 Ogos – Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) sentiasa gigih berusaha meningkatkan lagi kemudahan pengeluaran wang tunai buatpemegang kad Bank Islam Debit Card-i di stesen minyak Petronas, terutama di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan BIMB Holdings Bhd Hizamuddin Hamaluddin berkata ini kerana kemudahan yang mula ditawarkan di Sabah dan Sarawak sejak Mei lepas itu dilihat mendapat sambutan yang cukup baik.

Beliau berkata hasrat pihaknya untuk menjadikan semua stesen minyak Petronas yang mempunyai akses internet, dilengkapi dengan kemudahan itu untuk memberi perkhidmatan yang lebih luas kepada pemegang kad berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai Pertandingan “Media Bowl”anjuran BIMB Holdings Bhd di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini semalam, beliau berkata bagi tujuan itu pihaknya tidak meletakkan sasaran berapa banyakstesen Petronas yang akan dilengkapi dengan kemudahan hasil kerjasama Petronas Dagangan Bhd itu.

Beliau berkata setakat ini daripada 286 stesen Petronas yang menawarkanperkhidmatan itu, 79 daripadanya adalah di Sarawak, manakala 53 lagi di Sabah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya beliau melihat perkhidmatan ini amat berpotensi untuk diperluaskanbagi memudahkan lagi pelanggan mendapat akses kepada wang tunai mereka dengan lebih mudah, pantas dan selesa.

Menerusi perkhidmatan ini pemegang kad berkenaan hanya perlumembelanjakan RM5 dengan kad debitnya di stesen-stesen Petronas tertentu, dan mereka boleh mengeluarkan wang tunai sehingga RM500 sebanyak empat kali dalam tempoh sehari di stesen berkenaan, tanpa perlu lagi ke mesin ATM. – Bernama