Keluarga Awang Nasir bantu bersihkan kuburan

Keluarga Awang Nasir bantu bersihkan kuburan

pgm2_160531_d

TAHUN ini sekali lagi Keluarga Awang Nasir bin Tassan dari Kampung Burong Pingai Ayer mengadakan kerja amal membersihkan Tanah Perkuburan Islam Buang Tengkurok (Pehin) dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Asam. Kempen amal kali kedua ini adalah bersempena menyambut kedatangan bulan suci Ramadan.

Kempen tersebut diketuai oleh Pengerusi Keluarga, Haji Matnor bin Haji Salleh dan turut disertai Penasihat Keluarga iaitu Haji Kamis bin Nasir dan 50 ahli-ahli keluarga yang lain.

Kempen ini juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah di setiap tanah perkuburan memohon agar semoga roh-roh saudara-mara yang dikebumikan di sana dicucuri rahmat Allah jua.

ARTIKEL YANG SAMA