Keluarga Bahagia Berpandukan Al-Quran tuah buat Az Zahraa

Keluarga Bahagia Berpandukan Al-Quran tuah buat Az Zahraa

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Faridah Haji Ibrahim

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Kumpulan Az Zahraa yang membawakan lagu ‘Keluarga Bahagia Berpandukan Al-Quran’ dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Nasyid 2015 peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB), hari ini.

Kumpulan Az Zahraa diekori rapat pesaingnya oleh Kumpulan Ar Roja yang membawakan lagu ‘Pelita Hidup’ di tempat kedua, diikuti oleh Kumpulan An Najihun yang membawakan lagu ‘Senjata Kegemilangan Ummah’ di tempat ketiga.

Dalam pertandingan itu, Kumpulan Az Zahraa turut diumumkan sebagai penerima hadiah bagi persembahan terbaik, sementara itu Kumpulan Ar Roja pula meraih hadiah bagi suara utama terbaik.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohd Rozan bin Haji Mohd Yunos.

Turut hadir ialah Pengarah RTB, Haji Muhamad Sufian bin Haji Bungsu.

Kumpulan juara, Az Zahraa bergambar ramai bersama piala dan cek yang dimenangi.
Kumpulan juara, Az Zahraa bergambar ramai bersama piala dan cek yang dimenangi.
Haji Mohd Rozan menyampaikan piala kepada Kumpulan Ar Roja selaku naib juara.
Haji Mohd Rozan menyampaikan piala kepada Kumpulan Ar Roja selaku naib juara.
Haji Mohd Rozan menyampaikan hadiah kepada Kumpulan An Najihun selaku pemenang ketiga.
Haji Mohd Rozan menyampaikan hadiah kepada Kumpulan An Najihun selaku pemenang ketiga.
Kumpulan Najwatul Islam ketika membuat persembahan dalam pertandingan Nasyid 2015 peringkat akhir.
Kumpulan Najwatul Islam ketika membuat persembahan dalam pertandingan Nasyid 2015 peringkat akhir.

Menurut penganjur, lapan pasukan berentap di peringkat akhir hari ini termasuk Kumpulan Aswatul Madihah, Kumpulan Al-Widan, Kumpulan Qaisaratuz Zahra, Kumpulan Halawatul Aswat dan Kumpulan Najmatul Islam.

Pertandingan ini adalah yang ketiga diadakan dan merupakan wadah pembentukan sahsiah yang mantap dan terarah, di samping itu juga sebagai salah satu langkah menerajui hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir berlandaskan Melayu Islam Beraja.

ARTIKEL YANG SAMA