Keluarga bawa hadiah buat wanita dihukum mati

Keluarga bawa hadiah buat wanita dihukum mati

YOGYAKARTA, Indonesia, 12 Jan (AFP) – Seorang warga Filipina yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia telah dikunjungi keluarganya hari ini bagi meraikan hari lahirnya yang sudah berlalu, ketika para penyokongnya kekal mengatakan ibu tunggal itu tidak bersalah dan terlepas daripada tembakan skuad.

Mary Jane Veloso disatukan dengan ibu bapanya dan dua anaknya di sebuah penjara di Yogyakarta dua hari selepas ulang tahun hari lahirnya, di mana mereka memberikannya hadiah dan surat dari para penyokongnya di Filipina.

Wanita berusia 31 tahun itu diberi penangguhan sementara pada April ketika dia dijangka akan dihukum mati di samping lapan lagi pesalah dadah, termasuk tujuh warga asing.

Anggota keluarga bagi Mary Jane Veloso (kiri-kanan), ayah Caesar Veloso, ibu Celia Veloso dan anak lelakinya Mark Darren dan Mark Danniel menunjukkan hadiah yang mereka bawa ketika menunggu di luar penjara Yogyakarta. – AFP

Kerajaan Indonesia, yang memiliki beberapa undang-undang antinarkotik paling ketat di dunia, tetap mengekalkan hukuman matinya atas kesalahan menyeludup dadah.

Namun penyokongnya menegaskan Veloso tidak bersalah dan menjadi mangsa penipuan membawa bagasi yang mengandungi 2.6kg heroin.

ARTIKEL YANG SAMA