Keluarga bayar $1 juta untuk melancong ke angkasa

Keluarga bayar $1 juta untuk melancong ke angkasa

5-tahunSINGAPURA, 15 November 2011 – Seorang ahli perniagaan Singapura, ister dan dua orang anaknya telah membayar $1 juta untuk menjadi keluarga Asia pertama yang terbang bersama dengan kapal terbang pelancongan angkasa lepas, Virgin Galactic.

“saya makan tengah hari semalam bersama seorang lelaki yang menghubungi kami di Singapura, dan ketika itu, beliau telah menandatangani satu kontrak bukan untuk satu tempat duduk, tetapi untuk semua penerbangan,” kata pengarah komersial Virgin Galactic, Stephen Attenborough.

Bercakap pada sidang media dan pemasaran antarabangsa Singapura, Attenborough berkata pelanggan itu menyeahkan sekeping cek bernilai $1 juta dan meminta namanya tidak disiarkan kerana beliau belum memberitahu isterinya.

“Oleh itu beliau dan keluarganya akan menjadi keluarga pertama dari Asia untuk menjadi angkasawan bersama,” kata Attenborough.

Firma yang berpangkalan di AS itu, yang merupakan sebahagian daripada konglomerat Virgin milik jutawan Britain, Richard Branson, telah menjual tempahan sejak 2005 pada harga $200,000 untuk satu tempat duduk walaupun ia masih belum menetapkan jadual masa untuk penerbangan angkasa lepas yang akan dilancarkan di New Mexico.

Attenborough berkata ahli perniagaan Singapura itu menyewa satu penerbangan ekslusif untuk duduk di SpaceShipTwo.

“Mereka dijangka terbang dalam operasi komersial pertama. Mereka akan menjadi antara seribu orang manusia pertama yang berlepas ke angkasa lepas,” kata Attenborough. Keluarga dari negara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Britain juga telah membeli tiket, jelas Attenborough.

ARTIKEL YANG SAMA