Keluarga bayar denda rokok

Keluarga bayar denda rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Gara-gara memiliki rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam pada 2015, seorang wanita tempatan telah dikenakan denda $12,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Amalina binti Untong, 30, bagaimanapun terlepas daripada menjalani enam bulan penjara selepas keluarganya membayar denda itu.

Defendan terdahulu mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli atas dakwaan memiliki 41 karton rokok.

pg06_160509_mahkamah logo2

Dia ditahan oleh pegawai kastam yang menemui rokok-rokok tanpa permit itu dalam keretanya di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 7 Mac 2015.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang, untuk kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA