Keluarga besar berhimpun

Keluarga besar berhimpun

Oleh Halimen H

 

TUTONG, 13 Sept – Dalam usaha untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi silaturahim kekeluargaan, keluarga besar Allahyarham Ahmad bin Arsad dan Allahyarhamah Dayang Radiah bin Abdullah @ Orang Kaya Sura Bangkol telah menganjurkan Majlis Jejak Kasih di Dewan Serba guna Serambangun, Daerah Tutong kelmarin.

Pengerusi Majlis, Haji Rosli bin Haji Akup ketika berucap, menekankan pentingnya keluarga besar itu mengenali sesama mereka, sekali gus mengeratkan pertalian keluarga.

Manakala salah seorang anak Allahyarham Ahmad dan Allahyarhamah Dayang Radiah, Haji Razali bin Ahmad ketika berucap, mengimbas kembali kenangan manis dan ikatan mesra yang terjalin antara adik-beradiknya suatu ketika dulu. Menurutnya, ikatan kekeluargaan biarlah berpanjangan, jangan hanya setakat di majlis itu sahaja dan menggesa ahli keluarga agar mengeratkan tali silaturahim dan mengenali antara satu sama lain.

Majlis juga diserikan dengan bacaan Tahlil bagi memperingati ahli keluarga yang sudah kembali ke rahmatullah, diikuti sesi bergambar ramai, penyampaian cenderahati kepada anak-anak Allahyarham Ahmad dan majlis memotong pulut kuning.

Majlis memotong pulut kuning pada Majlis Jejak Kasih Keluarga Allahyarham Ahmad dan Allahyarhamah Dayang Radiah.
Majlis memotong pulut kuning pada Majlis Jejak Kasih Keluarga Allahyarham Ahmad dan Allahyarhamah Dayang Radiah.

ARTIKEL YANG SAMA