Keluarga besar enam generasi berkumpul

Keluarga besar enam generasi berkumpul

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Mei – Kira-kira lebih 500 orang, terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham Haji Tamat bin Puasa berkumpul meraikan Sambutan Hari Keluarga Besar di Dewan Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga, Kampung Lamunin, kelmarin.

Majlis perhimpunan dan Tahlil itu telah mengumpulkan enam generasi keluarga besar Haji Tamat yang tinggal di dalam dan luar negara, sempena Hari Keluarga Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat bergotong-royong generasi muda.

Di samping itu, majlis diadakan adalah untuk mengekalkan tradisi keluarga iaitu dengan mengadakan majlis makan Arwah beramai-ramai selain memperingati ahli-ahli keluarga yang sudah kembali ke rahmatullah.

Turut hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam dan isteri.

Haji Adnan ketika menerima cenderahati daripada penasihat majlis.
Haji Adnan ketika menerima cenderahati daripada penasihat majlis.
Gambar ramai keluarga besar Allahyarham Haji Tamat.
Gambar ramai keluarga besar Allahyarham Haji Tamat.

Majlis turut mengadakan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Penasihat Majlis, Dato Paduka Haji Bahar bin Haji Tamat dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Haji Kamal bin Momin.

Salah seorang keluarga Allahyarham Haji Tamat turut berharap agar perhimpunan keluarga besar seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menjadi ristaan dan diingati selalu oleh generasi baru (pelapis) dan mengenali keluarga jauh mereka di samping dapat menjadikan aktiviti tahunan keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA