Keluarga Besar PHR adakan perlawanan persahabatan

Keluarga Besar PHR adakan perlawanan persahabatan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Keluarga Besar PHR terus aktif mengadakan aktiviti bersama termasuk sukan, dengan yang terkini anggota keluarga lelakinya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan.

Lawan PHR FC kali ini ialah Transport FC, yang telah mengambil tempat di padang bola sepak Sekolah Rendah Pulaie.

Tujuan utama perlawanan persahabatan itu diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan di antara anggota Keluarga Besar PHR di samping menjalin silaturahim dengan pemain pasukan lawan.

PHR FC (jingga) dengan Transport FC (hijau) semasa mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan.
PHR FC (jingga) dengan Transport FC (hijau) semasa mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan.