Keluarga Dayang Norja terima sumbangan

Keluarga Dayang Norja terima sumbangan

KHASNYA di bulan Ramadan yang mulia ini, adalah peluang kepada kita untuk sama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan agar dapat berkongsi kegembiraan dalam menjalani ibadat puasa. Alhamdulillah, keluarga Radin Orang Kaya Pemancha Mirusin (ROKPM) tampil memberi bantuan kepada beberapa buah keluarga yang benar-benar memerlukan khususnya di bulan Ramadan yang mubarak ini. Dengan itu, ia sedikit sebanyak membantu mereka menjalani ibadat puasa dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, keluarga ROKPM telah menghulurkan bantuan berupa barang-barang keperluan harian dan kewangan kepada Dayang Norja yang tinggal di Simpang 29, Ban 5, Kampung Kilanas. Dayang Norja menghadapi masalah tempat berteduh, yang mana kediaman beliau tidak lagi sesuai untuk didiami oleh keluarga Dayang Norja yang terdiri daripada suami serta anak-anaknya.

Semoga dengan bantuan tersebut, ia akan dapat mengurangkan beban perasaan dan kesusahan yang menimpa keluarga Dayang Norja dan suami serta anak-anak. Semoga mereka menghadapi kesulitan mereka dengan penuh redha dan bersyukur seadanya di bulan Ramadan ini, di samping menyambut kedatangan bulan Syawal yang akan menjelang tiba.

Keluarga ROKPM ketika menyampaikan sumbangan bantuan kepada Dayang Norja berserta keluarga.
Keluarga ROKPM ketika menyampaikan sumbangan bantuan kepada Dayang Norja berserta keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA