Keluarga Dusun terima hidayah

Keluarga Dusun terima hidayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 15 April – Sebuah keluarga Puak Dusun seramai enam orang telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka setelah melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah di Kampung Sungai Tali Lumut, di sini, hari ini.

Hadir menyaksikan pengislaman pasangan suami isteri dan empat orang anak mereka, tiga perempuan dan seorang lelaki itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Kartini binti Haji Musa.

Awang Jaek bin Engkap, 54, selaku ketua keluarga telah memilih nama Islamnya sebagai Muhd Muslim Salim bin Abdullah Engkap, manakala isterinya, Dayang Salinda binti Sitim, 44, memilih nama Islamnya sebagai Nur Salinda Aleesa binti Abdullah Sitim.

Sementara itu, anak-anak mereka, Dayang Ammie Naviella binti Jaek, 21, kini dikenali sebagai Nur Afrina Naviella binti Muhd Muslim Salim, Dayang Ammie Mrlyeena, 18, sebagai Nur Afrina Az Zahra, Awang Aqmal Daniel, 13, sebagai Muhd Aqmal Danniel dan adik mereka Dayang Ammie Insyirah, 6, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Afrina Insyirah.

Sekeluarga enam orang Puak Dusun memeluk agama Islam di Kampung Sungai Tali, Lumut.
Sekeluarga enam orang Puak Dusun memeluk agama Islam di Kampung Sungai Tali, Lumut.

Keluarga yang berasal dari Daerah Tutong itu memilih agama Islam atas kerelaan hati mereka sendiri, dan berhasrat untuk mengetahui dan mendalami lagi tenang Islam.

Majlis yang berlangsung di kediaman Awang Muhd Juni bin Abdullah Engkap itu turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baru berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Setakat Januari hingga hari ini, Daerah Belait telah mencatatkan seramai 45 orang telah memeluk agama Islam.

ARTIKEL YANG SAMA