Keluarga HMD, HMN adakan Majlis Korban

Keluarga HMD, HMN adakan Majlis Korban

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Selain untuk melaksanakan amal ibadah yang dituntut oleh agama, ibadah korban juga merupakan peluang untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan keluarga, sanak-saudara serta penduduk kampung melalui kerja bergotong-royong seperti yang dilakukan oleh keluarga besar Haji Mohd Daud (HMD) dan Haji Mohd Noor (HMN).

Majlis Ibadah Korban kedua-dua buah keluarga besar itu telah diadakan di kediaman Haji Mahmod bin Haji Mohd Noor di Kampung Bukit Sibut, Tutong di mana sebanyak tiga ekor kerbau dan seekor kambing telah dikorbankan.

Aktiviti keagamaan tahunan itu antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada keluarga dan sanak saudara untuk beramal, bersedekah dan melaksanakan syariat Allah bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas rezeki, nikmat dan kurnia-Nya bagi meningkat dan mengukuhkan lagi keimanan.

Suasana kedua-dua buah keluarga tersebut ketika memotong daging-daging korban untuk diagihkan.
Suasana kedua-dua buah keluarga tersebut ketika memotong daging-daging korban untuk diagihkan.
Salah seorang penerima kanak-kanak menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Haji Mahmod.
Salah seorang penerima kanak-kanak menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Haji Mahmod.

pg12_150928_i

pg12_150928_j

ARTIKEL YANG SAMA