Keluarga Iban terima hidayah

Keluarga Iban terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 23 Nov – Sebuah keluarga Iban seramai tiga orang telah menerima hidayah dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman di Kampung Sumbiling Lama, Jalan Batang Duri, Mukim Amo Daerah Temburong, baru-baru ini.

Awang Maling anak Saban, 70, telah memilih nama Islamnya sebagai Abdul Malik bin Abdullah Saban, isteri beliau, Dayang Gelima anak Berayun, 61, memilih nama Asiah binti Abdullah Berayun sementara itu, anak lelaki mereka Awang Manggat anak Maling, 40, kini dikenali sebagai Abdul Hadi bin Abdul Malik.

Hadir menyaksikan majlis pengislaman keluarga berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

Majlis Pengislaman bagi keluarga Awang Maling anak Saban disempurnakan oleh para pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.
Majlis Pengislaman bagi keluarga Awang Maling anak Saban disempurnakan oleh para pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Unit Dakwah Daerah Temburong, sanak-saudara dan penduduk kampung berdekatan.

Pengislaman ketiga-tiga mereka telah disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai pengislaman dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

Majlis turut diserikan dengan upacara menabur bunga rampai yang didahului oleh tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA