Keluarga Iban terima hidayah

Keluarga Iban terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 8 Jun – Sebuah keluarga berbangsa Iban telah melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di kediaman Penghulu Mukim Amo, Haji Bahrum bin Haji Talip, di Kampung Selangan Jalan Batang Duri, Mukim Amo, di sini, hari ini.

Majlis pengislaman keluarga Awang Gana anak Tibu (65) disempurnakan di hadapan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid selaku tetamu kehormat majlis.

Awang Gana telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Razali bin Abdullah Tibu, dan isterinya memilih nama Islam sebagai Siti Mariah binti Abdullah Lanun (55), manakala itu, tiga anak mereka kini dikenali sebagai Muhammad Farhan Saifullah bin Muhammad Razali, 25, Muhammad Firdaus, 20, dan Muhammad Farid Asyraf, 16.

Lima sekeluarga berkenaan telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan para pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

Hajah Azizah menabur bunga rampai bagi meraikan saudara-saudara baru berkenaan.
Hajah Azizah menabur bunga rampai bagi meraikan saudara-saudara baru berkenaan.

Sejurus selepas majlis pengislaman, tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara-saudara baru berkenaan, kemudian majlis diserikan dengan dikir marhaban serta menabur bunga rampai oleh para hadirin.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Azizah binti Haji Musa, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Temburong, sanak saudara dan keluarga saudara-saudara baru yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA