Keluarga kakitangan kerajaan AS diarah tinggalkan Congo

Keluarga kakitangan kerajaan AS diarah tinggalkan Congo

WASHINGTON, 30 Sept – Amerika Syarikat semalam mengarahkan keluarga kakitangan kerajaan yang berpangkalan di Republik Demokratik Congo (DRC) untuk meninggalkan negara itu susulan keganasan yang semakin memuncak, kata Jabatan Negara.

“Potensi tercetusnya rusuhan awam adalah tinggi di kawasan Kinshasa dan bandar-bandar utama yang lain,” katanya, merujuk kepada ibu kota negara itu dalam satu kenyataan.

“Berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing, ahli keluarga kakitangan kerajaan AS diarah meninggalkan negara itu mulai semalam. Kebanyakan perjalanan membabitkan urusan rasmi kerajaan AS ke DRC juga dihentikan.” – AFP