Keluarga mangsa boleh saman ejen

Keluarga mangsa boleh saman ejen

TUCSON, Arizona, 10 Julai (Agensi) – Ibu kepada warga Mexico yang telah dibunuh oleh Ejen Peronda Sempadan AS dalam penembakan penyeberangan sempadan boleh meneruskan tuntutan mahkamah dalam kes berkenaan, hakim negara memutuskan.

Kes hak asasi terhadap Ejen Lonnie Swartz terhadap kematian Jose Antonio Elena Rodriguez, 16, akan diteruskan selepas Hakim mahkamah Daerah AS Raner C. Collins menafikan sebahagian dari hasratnya untuk menolak kes tersebut.

Peguam bagi pihak Swartz berpendapat bahawa Elena Rodriguez tidak dilindungi oleh Perlembagaan AS kerana dia berada di Mexico ketika kejadian tembakan itu.

Dalam kes sama, mahkamah rayuan negara memutuskan bahawa remaja yang dibunuh di Mexico oleh ejen sempadan El Paso tidak dilindungi oleh Perlembagaan.

Tetapi Collins menulis dia secara hormat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Mahkamah mendapati, di bawah fakta dakwaan kes ini, warganegara Mexico tersebut boleh mendapatkan perlindungan Pindaan Keempat dan ejen tersebut tidak boleh mendapatkan immuniti,” tulis Collins.

ACLU telah memfailkan tuntutan mahkamah bagi pihak ibu remaja berkenaan. Elena Rodriguez berada di Nogales, Sonora, berdekatan dengan pagar sempadan apabila Swartz menembaknya dari Nogalez, Arizona pada 10 Oktober 2012.

Rondaan Sempadan berkata Swartz mempertahankan dirinya daripada pembaling batu. Keluarga Elena Rodrguez berkata dia tidak terlibat dengan kejadian itu.

Swaartz setakat ini belum lagi didakwa, dan penyiasatan dari FBI masih lagi dijalankan. Dia masih seorang ejen bersama Peronda Sempadan, penguamnya, Sean Chapman, berkata selepas sesi pendengaran pada bulan Mei.

ARTIKEL YANG SAMA