Keluarga Messi nafi terbabit skandal elak cukai

Keluarga Messi nafi terbabit skandal elak cukai

Barcelona's Lionel Messi

BARCELONA, 5 April (AFP) – Keluarga Lionel Messi menafikan hari ini bahawa pemain itu terbabit dalam mengelak cukai selepas bintang Barcelona itu muncul selaku seorang daripada ramai personaliti yang didakwa terbabit dalam skandal Panama Papers.

“Keluarga Messi mahu menjelaskan bahawa Lionel Messi (gambar) tidak melakukan sebarang kesalahan yang dikaitkan dengannya, dan dakwaan dia mencipta langkah untuk mengelak pembayaran cukai, termasuk jaringan pembersihan wang haram, adalah salah dan menghina,” kata kenyataan itu.

Skandal itu memuncak Ahad lalu apabila kumpulan media itu menyiarkan secara umum siasatan lebih setahun di seluruh dunia mengenai harta daripada 11.5 juta dokumen yang bocor daripada firma guaman di Panama yang mendedahkan kekusutan urusan kewangan luar pesisir oleh kelompok elit.

Sebelum ini, Panama Papers mendakwa, sebuah firma undang-undang pemerhati FIFA mempunyai hubungan perniagaan dengan tiga individu dalam skandal rasuah bola sepak global.

Dokumen itu juga mendapati bagaimana sesetengah pemain menggunakan syarikat luar pesisir untuk memasukkan duit ke dalam bank.

Penemuan itu adalah hasil daripada siasatan jangka panjang oleh Konsortium Antarabangsa Penyiasatan Wartawan (ICIJ), lapor beberapa akhbar termasuk dari Jerman, Suddeutsche Zeitung

Antara yang didakwa terbabit termasuk rakan rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin, saudara pemimpin China, Xi Jinping, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson selain selebriti sukan dan televisyen.

ARTIKEL YANG SAMA