Keluarga MH370 saman MAS di Australia

Keluarga MH370 saman MAS di Australia

SYDNEY, 13 Mac (AFP) – Keluarga penumpang MH370, Paul Weeks, warga New Zealand menyaman Sistem Penerangan Malaysia (MAS) di mahkamah Australia bagi ‘kejutan mendadak” dan ‘kemudaratan mental’ yang mereka alami selepas pesawat udara itu hilang, menurut satu laporan hari ini.

Weeks, yang menetap di Perth, bandar Barat Australia, adalah salah seorang dari 239 orang penumpang di dalam pesawat udara Boeing 777 dari Kuala Lumpur ke Beijing apabila ia hilang pada 8 Mac 2014.

Ahli-ahli waris telah mula memfailkan tindakan mahkamah ekoran kehilangan pesawat udara itu ketika tempoh had akhir dua tahun menghampiri minggu lalu, dengan sedikit harapan penelitian mahkamah boleh menjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada penerbangan yang malang itu.

Di bawah perjanjian antarabangsa, para anggota keluarga mempunyai tempoh sehingga dua tahun untuk menyaman berhubung nahas udara itu. Isteri Weeks, ibunya dan juga adik-beradik perempuan dan lelakinya secara berasingan memfailkan sama ke atas MAS di Mahkamah Tinggi Barat Australia, menurut Sunday Times Perth, dengan menyebutkan lima writ telah dikemukakan pada 4 Mac.

Gambar fail bertarikh 11 Mac 2016 menunjukkan sekeping serpihan yang ditemui oleh keluarga Afrika Selatan di luar pantai Mozambique, yang mana pihak berkuasa akan memeriksa serpihan tersebut samaada ianya milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370. – Reuters
Gambar fail bertarikh 11 Mac 2016 menunjukkan sekeping serpihan yang ditemui oleh keluarga Afrika Selatan di luar pantai Mozambique, yang mana pihak berkuasa akan memeriksa serpihan tersebut samaada ianya milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370. – Reuters

Mereka menuntut ganti rugi bagi ‘kecederaan peribadi, kehilangan dan kerosakan’ yang dialami akibat dari ‘kejutan mendadak’ dan ‘kemudaratan mental’ selepas kehilangan itu, lapor Times. “Punca kesakitan, kecederaan, kehilangan dan kerosakan yang dialami plaintif adalah ekoran kecuaian pihak defendan,” lapor surat khabar itu sebagai memetik apa yang dinyatakan dalam writ.

Writ kelima difailkan bagi pihak dua anak Weeks, tambah laporan itu tanpa mendedahkan jumlah ganti rugi yang dituntut. Sara Weeks, adik perempuan Weeks yang menetap di New Zealand, memberitahu ONE News, TVNZ hari ini bahawa dia hanya mahu mengetahui di mana pesawat udara itu berada.

MAS juga berdepan tindakan undang-undang di tempat lain. Di Beijing, para anggota keluarga dua belas penumpang warga China telah memfailkan sama terhadap MAS, Boeing, Rolls Royce dan yang lain pada minggu lalu.

Tuntutan undang-undang terbaru di Australia itu muncul ketika sekeping serpihan di temui oleh seorang pelancong di Afrika Selatan di Mozambique pada bulan Disember lalu akan dihantar ke Australia untuk dianalisis, menurut para pegawai Afrika Selatan Jumaat lalu. Kepingan serpihan lain yang telah ditemui sebelumnya bulan ini belum disahkan lagi dari pesawat udara yang hilang itu.