Keluarga pengantin perlu sepakat sebelum majlis – Mufti Kelantan

Keluarga pengantin perlu sepakat sebelum majlis – Mufti Kelantan

KOTA BAHARU, 31 Mac (Bernama) – Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga perlu bermesyuarat dan mencapai kata sepakat terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia bagi mengelak tercetusnya pergaduhan di antara dua pihak apabila ada yang tidak puas hati terutama berkaitan isu mas kahwin mahupun hantaran.

“Kita kena faham bahawa hantaran itu adat, (manakala) mas kahwin itu adalah ibadat dan jika digabungkan hantaran dengan mas kahwin itu (juga) boleh jadi ibadat…jadi kalau ibadat kenapa perlu bergaduh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi kelas al-Quran Braille yang dirasmikan Tengku Temenggung Kelantan Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz di sini, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA