Keluarga prihatin bantu anak yatim

Keluarga prihatin bantu anak yatim

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sebagai salah satu aktiviti amal, sebuah keluarga telah menghulurkan sumbangan derma berupa wang tunai dan keperluan harian kepada sembilan orang anak yatim piatu yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Majlis penyampaian sumbangan keluarga Al-Marhum Radin Orang Kaya Pemancha Mirusin berkenaan telah diadakan di Restoran Myplace Cafe, Kampung Mulaut yang dihadiri oleh lima daripada anak-anak yatim berkenaan dan beberapa ahli keluarga penyumbang.

Sumbangan telah disampaikan oleh penasihat keluarga berkenaan, Haji Mantil bin Momin dan Haji Aji bin Haji Laman kepada penjaga anak-anak yatim berkenaan.

Majlis telah diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan menikmati jemuan ringan.

Menurut kenyataan berkenaan, aktiviti berkebajikan seumpamanya akan terus dilaksanakan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya anak-anak yatim atau mereka yang dilanda musibah atau kesusahan.

Mereka turut melaksanakan amal jariah seperti mewakafkan Al-Quran, sejadah, rehal dan sebagainya di beberapa buah masjid di dalam dan luar negara.

Keluarga prihatin telah menyampaikan sumbangan derma di Restoran Myplace Cafe.
Keluarga prihatin telah menyampaikan sumbangan derma di Restoran Myplace Cafe.

ARTIKEL YANG SAMA