‘Keluarga SCB’ ramai-ramai tonton filem Inside Out

‘Keluarga SCB’ ramai-ramai tonton filem Inside Out

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Lebih 100 kakitangan Bank Standard Chartered (SCB) dan keluarga mereka, hujung minggu lalu, telah dibawa menyaksikan filem animasi Disney Pixar terbaru, Inside Out di The Empire Cinema, Jerudong, bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mereka.

Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pengerusi Jawatankuasa Kelab Rekreasi SCB, Marilyn Graeme, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata, “Adalah menggembirakan melihat kakitangan kami dan keluarga mereka meluangkan masa daripada kerja dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti ini, untuk saling mengenai antara satu sama lain dan keluarga mereka.

“Standard Chartered mengutamakan penglibatan kakitangan di tempat kerja, di dalam dan luar pejabat, menjadikannya tempat terbaik untuk bekerja bagi individu dan pasukan,” tambah beliau.

Riadah menonton wayang itu merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi SCB untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangannya, dengan aktiviti-aktiviti lain termasuk perlawanan dan kejohanan sukan, acara sosial serta pelaburan komuniti.

Lebih 100 kakitangan SCB bersama keluarga mereka meluangkan masa bersantai hujung minggu lalu dengan menonton wayang di The Empire Cinema, Jerudong.
Lebih 100 kakitangan SCB bersama keluarga mereka meluangkan masa bersantai hujung minggu lalu dengan menonton wayang di The Empire Cinema, Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA