Keluarga susah terus dibantu

Keluarga susah terus dibantu

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini, telah mengadakan Projek Amal Halawah Ramadan sempena bulan Ramadan tahun 1436 Hijrah, dengan memberi bantuan kepada enam buah keluarga golongan Asnaf fakir miskin dan orang-orang susah yang dikenal pasti di kawasan Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong.

Rombongan diketuai oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Hajah Zakiah binti Haji Taib.

Sumbangan bantuan wang perbelanjaan, barang-barang keperluan asasi dan kegunaan harian adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Objektif projek ini diadakan ialah bagi memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan warga jabatan, menanamkan sifat “tidak camah mata” dalam membantu sesama saudara Islam dan mendapatkan keberkatan dalam melaksanakan kerja-kerja amal.

Dayang Halus menerima bantuan yang disampaikan oleh Hajah Zakiah.
Dayang Halus menerima bantuan yang disampaikan oleh Hajah Zakiah.
Keadaan rumah kediaman Dayang Halus di kampong Parit, Mukim Pangkalan Batu.
Keadaan rumah kediaman Dayang Halus di kampong Parit, Mukim Pangkalan Batu.

Penerima sumbangan ialah Dayang Halus binti Haji Badar, dari Kampung Parit, Mukim Pangkalan Batu, yang menanggung seramai 10 orang ahli keluarga; Dayang Asmah binti Haji Ahad dari Kampung Bebatik Kulapis dengan tanggungan empat orang; Awang Zulkifli bin Dagang dari Kampung Kulapis iaitu dengan tanggungan ahli keluarga seramai enam orang; dan Awang Mohd Jufli bin Tahir, Kampung Lugu, yang menanggung lapan orang ahli keluarga.

Manakala bagi Daerah Tutong, penerima ialah Awang Ahad bin Ibrahim dari Kampung Kupang dengan tanggungan tiga ahli keluarga; dan Dayang Norhanah binti Haji Mohd Salleh dari Kampung Sungai Kelugos dengan tanggungan seramai tiga orang.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Suhaimi bin Haji Gemok serta para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Syariah.

ARTIKEL YANG SAMA