Keluarnya Britain umpama ‘racun’ kepada ekonomi

Keluarnya Britain umpama ‘racun’ kepada ekonomi

LONDON, 6 Mac (Reuters) – Undian Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) akan merosakkan ekonomi Britain, Eropah dan global, kata Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble dalam satu temu bual bersama BBC.

Keluarnya Britain berikutan referendum keahlian pada 23 Jun akan menggegarkan EU dengan memutuskan ekonomi kedua terbesarnya dan pusat kewangan terkayanya.

Perdana Menteri David Cameron telah mengatakan Britain akan lebih baik lagi jika terus berada dalam blok itu.

“Kami bertahun-tahun mungkin akan berdepan rundingan paling sukar, yang akan menjadi lebih sukar bagi EU. Dan selama bertahun-tahun kami mempunyai ketidakyakinan yang akan menjadi racun kepada ekonomi di UK, benua Eropah dan bagi ekonomi global,” kata Schaeuble, menurut penterjemah dalam penyiaran temu bual hari ini.

Schaeuble mengatakan bahawa sementara Britian akan masih lagi dapat berniaga dengan EU selepas meninggalkannya, ia tidak akan memiliki faedah akses kepada pasaran tunggal blok itu tanpa menerima pergerakan bebas kerakyatan EU atau membayar ke dalam bajet EU.

Dia menyangkal idea yang Britain boleh mengikuti contoh negara-negara lain seperti Norway, yang menerima kebebasan bergerak, membayar sumbangan kepada bajet EU dan mengenakan peraturan dan pengawalan pasaran tunggal tanpa perlu mengundi ke atasnya.