Kelulusan perlu disegerakan

Kelulusan perlu disegerakan

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kerajaan Filipina komited untuk meluluskan dengan secepat mungkin Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL) berikutan termeterainya perjanjian damai antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang diusahakan Malaysia.

Duta Besar Filipina di Malaysia J Eduardo Malaya berkata oleh kerana undang-undang itu akan memainkan peranan penting dalam pemberian pengiktirafan terhadap entiti politik Bangsamoro, maka kelulusannya perlu disegerakan.

Walaupun pertempuran yang tercetus di wilayah terbabit baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran proses mempercepatkan kelulusan undang-undang itu, namun kami tetap komited untuk memastikan BBL berkenaan dapat digubal dan dikuatkuasakan sebelum berakhirnya penggal pentadbiran Presiden Benigno S.Aquino tahun depan,” katanya. – Bernama