Kem. Kesihatan ingati Israk Mikraj

Kem. Kesihatan ingati Israk Mikraj

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Kementerian Kesihatan, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, kementerian berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Guru Agama di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Haji Kamis bin Haji Damit.

Bagi memeriahkan acara, ceramah khas telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Hafidzuddin bin Pengiran Bakar.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk Mikraj berkenaan.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk Mikraj berkenaan.
Pengiran Hafidzuddin ketika menyampaikan ceramah.
Pengiran Hafidzuddin ketika menyampaikan ceramah.

Dalam ceramah khas bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’ itu, Pengiran Hafidzuddin telah menceritakan peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah memohon kepada Allah untuk mengurangkan jumlah sembahyang daripada 50 kali kepada lima kali sehari sahaja.

Beliau juga menekankan bagaimana sembahyang merupakan asas/tiang agama Islam dan bagaimana sembahyang bertindak sebagai platform yang menghubungkan Allah dengan hambaNya.

Majlis yang diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh ini merupakan salah satu acara keagamaan yang telah diadakan sepanjang tahun bagi kakitangan Kementerian Kesihatan untuk merenungkan peristiwa penting dalam sejarah Islam dan untuk meningkatkan kerohanian mereka.