Kem. Kesihatan memperingati Hijrah

Kem. Kesihatan memperingati Hijrah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Bersempena memperingati Hijrah Nabi Muhammad S.A.W, Kementerian Kesihatan juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Awal Tahun Hijrah 1438 yang diselajurkan dengan majlis Doa Kesyukuran bagi kepulangan rombongan pegawai perubatan dan jemaah haji kementerian berkenaan di Dewan Al-Afiah, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Majlis yang dihadiri oleh 200 orang jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua, pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Awang Mohd Khairul Nazif dalam ceramahnya menyentuh mengenai peristiwa hijrah zaman Rasulullah S.A.W dan permulaan tahun Hijrah.

Beliau juga turut menyentuh mengenai dengan hijrah sembahyang dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam solat dan cara-cara untuk mendapatkan pahala lebih semasa menunaikan solat seperti cara berdiri dalam solat, mengangkat takbir, rukuk, sujud dan banyak lagi.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain semasa hadir di majlis itu.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain semasa hadir di majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA