Kem Matematik untuk pelajar dan ibu bapa di Sekolah Rendah Beribi

Kem Matematik untuk pelajar dan ibu bapa di Sekolah Rendah Beribi

PERSATUAN Ibu bapa dan Guru Sekolah Rendah Beribi Telanai Kluster 1 dengan kerjasama Unit Akademik Matematik Sekolah Rendah Beribi Telanai, baru-baru ini telah mengadakan Kem Matematik khusus untuk ibu bapa dan murid-murid Sekolah Rendah Beribi Telanai.

Kem Matematik itu bertajuk “Pembelajaran Sifir 1 hingga sifir 12 di rumah itu telah mendapat sambutan dan sokongan yang sangat baik daripada ibu bapa.

Peluang untuk pendedahan

Kem ini memberikan peluang ibu bapa untuk dapat belajar bersama anak-anak mereka terutama dalam mengenal asas sifir 1 hingga 12.

Guru-guru Matematik sedang menunjukcara menggunakan jari dalam belajar sifir.
Guru-guru Matematik sedang menunjukcara menggunakan jari dalam belajar sifir.

pgm3_150508_c

Ibu bapa dan murid-murid Sekolah Rendah Beribi Telanai dengan penuh perhatian mengikuti pembelajaran sifir 1 hingga sifir 12.
Ibu bapa dan murid-murid Sekolah Rendah Beribi Telanai dengan penuh perhatian mengikuti pembelajaran sifir 1 hingga sifir 12.

Pendedahan kepada ibu bapa pula membolehkan mereka dapat sama-sama mengajar anak-anak mereka sewaktu berada di rumah.

Selain itu, perkongsian ini dapat memantapkan lagi kebolehan yang telah sedia ada dalam kalangan ibu bapa dan murid-murid dalam teknik belajar sifir yang lebih mudah dan efektif.

Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Beribi Telanai dan ahli-ahli PIBG yang lain juga turut hadir dan sama-sama belajar sifir dengan anak mereka masing-masing pada hari tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA