Kem motivasi bangunkan sahsiah remaja

Kem motivasi bangunkan sahsiah remaja

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Memandangkan masalah sosial melibatkan remaja bawah umur semakin berleluasa, peranan keluarga atau ibu bapa khasnya amat penting sebagai sistem sokongan dan bantuan untuk membangunkan sahsiah remaja.

Oleh itu, Program Kem Motivasi Keluarga bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga betapa pentingnya peranan mereka untuk memupuk keharmonian dalam institusi keluarga sempena sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016 telah diadakan di Kompleks Rumah Kebajikan, Kampung Belimbing Subok, hari ini.

Program melibatkan 66 orang peserta terdiri daripada penghuni kompleks, ibu bapa dan penjaga serta dimudah cara oleh empat orang fasilitator itu juga diadakan untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Salah seorang fasilitator menerima penghargaan daripada pegawai JAPEM.
Salah seorang fasilitator menerima penghargaan daripada pegawai JAPEM.

Program dibimbing oleh Penolong Pengarah/Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor dan Pegawai Penyebaran Agama dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail. Turut membimbing program itu ialah Pegawai Kaunseling dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Haji Khairul Ariffin bin Haji Abdul Aji dan Hajah Saadiah binti Haji Ghazali.

ARTIKEL YANG SAMA