Kem motivasikan pelajar sebelum PSR

Kem motivasikan pelajar sebelum PSR

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Bagi memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan datang, Sekolah Rendah Rimba I telah mengadakan kem motivasi yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Program itu merupakan salah satu inisiatif sekolah berkenaan untuk meningkatkan lagi keyakinan murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan PSR nanti.

Melalui kem itu, murid-murid berpeluang untuk mempelajari berbagai tip belajar yang diselaraskan dengan amalan serta bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Murid-murid juga dapat muhasabah diri mengenai kepentingan ilmu dan usaha dalam menimba ilmu.

Sepanjang kem motivasi itu, pelbagai kegiatan telah dilaksanakan termasuk ceramah motivasi dan terapi zikir yang telah disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara dari Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

Murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang dilaksanakan semasa kem motivasi berkenaan.
Murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang dilaksanakan semasa kem motivasi berkenaan.

pg09_150617_b

Kegiatan lain yang dijalankan adalah ice breaking, pembangunan pasukan dan PSR Amazing Race, yang bermatlamat untuk membina keyakinan diri setiap murid, membentuk sifat dan semangat berpasukan, tolong-menolong serta bertolak ansur sesama ahli, belajar sambil beraktiviti.

Melalui kegiatan itu juga, guru-guru dapat membentuk dan melihat kreativiti murid dalam menghasilkan tugasan dan menguji kemahiran berfikir mereka.

Dalam kegiatan itu, para murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu Awesome, Magnificent, Out Standing, Super B, Ambitious, Excellent, Champion, Brilliant, Amazing dan Fantastic yang mana di akhir kegiatan itu, kumpulan Ambitious telah muncul sebagai juara.

ARTIKEL YANG SAMA