Kem. Pendidikan lanjut Majlis Tadarus di SMSA

Kem. Pendidikan lanjut Majlis Tadarus di SMSA

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 30 Jun – Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya, meneruskan lagi Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah sempena bulan Ramadan ini, yang diadakan di Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), di sini, hari ini.

Rombongan diketuai oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Yusof bin Dulamin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Dr Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Dato Seri Setia Haji Yusoff, diteruskan dengan Tadarus Al-Quran, diikuti oleh setiausaha tetap, para pengarah, penolong pengarah, para pegawai kanan, pegawai kakitangan kementerian berkenaan, guru-guru dan kalangan pelajar pra universiti sekolah tersebut.

Bacaan Surah Yassin dan doa tahlil telah diketuai oleh Imam Masjid Kampung Pandan, Awang Akup bin Haji Lamat.

Warga Kementerian Pendidikan menganjurkan Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah di Sekolah Menengah Sayyidina Ali.
Warga Kementerian Pendidikan menganjurkan Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah di Sekolah Menengah Sayyidina Ali.
Penyampaian peralatan mengajar visualiser disempurnakan oleh Dato Seri Setia Haji Yusoff (tengah) kepada Awang Othman.
Penyampaian peralatan mengajar visualiser disempurnakan oleh Dato Seri Setia Haji Yusoff (tengah) kepada Awang Othman.

Majlis turut menyaksikan penyampaian peralatan mengajar visualiser disempurnakan oleh Dato Seri Setia Haji Yusoff kepada Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Awang Othman bin Rajab.

Majlis itu diadakan adalah untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk bertadarus Al-Quran dengan harapan untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menanamkan dan menyuburkan budaya membaca, mempelajari dan menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran kepada kalangan warga Kementerian Pendidikan dan para pelajar sekolah dan juga bagi meraih keberkatan Al-Quran yang merupakan ‘HudanLinnas’ (petunjuk bagi manusia).

Majlis itu juga merupakan aktiviti tahunan kementerian berkenaan dikendalikan bersama oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan dan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan Negara Brunei Darussalam.

Majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada 2 Julai di Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas, Daerah Brunei Muara.

ARTIKEL YANG SAMA