Kem. Pendidikan nafi penutupan sekolah

Kem. Pendidikan nafi penutupan sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Kementerian Pendidikan hari ini menafikan ia telah mengeluarkan makluman mengenai penutupan operasi sekolah-sekolah akibat jerebu seperti yang tersebar dalam pesanan ringkas dan sekolah-sekolah akan beroperasi seperti biasa sebaik sahaja cuti penggal persekolahan berakhir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memastikan kesejahteraan anak-anak sekolah termasuk dalam situasi berjerebu pada ketika ini.

Kementerian juga menekankan bahawa sebarang makluman mengenai operasi sekolah akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

Sehubungan itu, pihak kementerian memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.

ARTIKEL YANG SAMA