Kem penyeludupan kedua ditemui

Kem penyeludupan kedua ditemui

BANGKOK, 5 Mei (Reuters) – Kem kedua disyaki digunakan untuk penyeludupan manusia sudah ditemui di Thailand berhampiran sempadan Malaysia, kata polis hari ini, susulan pencarian oleh pihak berkuasa di pergunungan di mana 26 mayat ditemui dalam kubur cetek pada hujung minggu.

Mayat-mayat itu dipercayai penghijrah haram dari Myanmar dan Bangladesh, ditemui di kem disyaki menjalankan penyeludupan manusia, tersembunyi jauh ke dalam hutan di wilayah selatan Songkhla, Thailand.

Penghijrah haram, kebanyakannya Muslim Rohingya dari barat Myanmar dan Bangladesh, sering kali memberanikan diri mengharungi perjalanan memeritkan melalui laut bagi mengelak penganiayaan agama dan etnik.

Setiap tahun, beribu-ribu tiba di negara dominan Buddha, Thailand, dibawakan oleh penyeludup. Ramai dibawa melalui jalan-jalan ke kem di hutan di mana penyeludup meminta tebusan untuk menyeludupkan mereka ke luar dari sempadan selatan ke negara kebanyakan penduduknya Islam, Malaysia.

Semalam, polis Thai mengumumkan tuduhan termasuk penyeludupan manusia dan menculik orang bagi wang tebusan ke atas seorang lelaki Rohingya dan tiga orang pentadbir tempatan kerajaan. Menurut mereka, seorang lagi warga Thai sedang dicari.

Pekerja penyelamat dan pegawai forensic menggali keluar rangka tulang dari kubur-kubur cetek ditutupi buluh di tapak kubur besar-besaran ditinggalkan di kem hutan daerah Sadao, wilayah Songkhla, Thailand yang bersempadan dengan Malaysia.Tertekan dengan reputasi buruk sebagai hab serantau bagi penyeludupan manusia, junta Thai mula memburu penyeludup dan lebih banyak kem penganiayaan di hutan-hutan ditemui. – AFP
Pekerja penyelamat dan pegawai forensic menggali keluar rangka tulang dari kubur-kubur cetek ditutupi buluh di tapak kubur besar-besaran ditinggalkan di kem hutan daerah Sadao, wilayah Songkhla, Thailand yang bersempadan dengan Malaysia.Tertekan dengan reputasi buruk sebagai hab serantau bagi penyeludupan manusia, junta Thai mula memburu penyeludup dan lebih banyak kem penganiayaan di hutan-hutan ditemui. – AFP

Timbalan Komando Wilayah Songkhla, Kolonel Polis Triwit Siriprapa, memberitahu Reuters hari ini, kem kedua ditemui di pergunungan sama. Ia menempatkan lapan tempat kediaman menggunakan buluh, tiga khemah tidur dan dua dapur sementara. Jurucakap polis kebangsaan, Leftenan Polis Jeneral Prawut Thavornsiri, mengatakan apa yang kelihatan seperti empat atau lima kubur juga ditemui di kem kedua namun pihak berkuasa belum lagi menemui sebarang mayat.

Pihak berkuasa juga menemui tiga orang di kem itu semalam, tampak tidak seimbang pemakanan dan keletihan, kata Triwit, menambah bahawa kem itu kelihatan ia baru sahaja diabaikan. “Kami kira kem ini kemungkinan besar dipindahkan dari lokasi berbeza sebaik sahaja penyeludup mendapat maklumat bahawa pihak berkuasa sedang mencari banyak lagi kem di sekitar gunung ini,” katanya.

Lebih daripada sedozen pegawai polis sudah dipindahkan dan di bawah penyiasatan bagi pembabitan mereka dalam rangkaian pemerdagangan manusia dalam kes yang sedang disiasat, tambah Prawut.

Thailand, sebuah hab serantau bagi penyeludupan manusia, mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk membasmi penyeludupan manusia, pemerdagangan dan perhambaan.

ARTIKEL YANG SAMA