Kem. Perhubungan mengimarahkan Ramadan

Kem. Perhubungan mengimarahkan Ramadan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Tadarus d an Khatam Al-Quran di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Laut itu dihadiri oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, selaku tetamu kehormat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, pengarah bahagian, ketua dan timbalan ketua jabatan, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan.

Majlis bertadarus dan khatam al-Quran itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Haji Ramlee bin Haji Ladis.

Tetamu kehormat (ketiga dari kiri) bersama hadirin lain membaca Surah Al-Fatihah.
Tetamu kehormat (ketiga dari kiri) bersama hadirin lain membaca Surah Al-Fatihah.
Sebahagian kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya ketika menghadiri majlis yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.
Sebahagian kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya ketika menghadiri majlis yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.

Ini diikuti dengan penyerahan wakaf berupa lapan gulung lapik sejadah sembahyang oleh Yang Berhormat Pehin kepada pihak pentadbir masjid.

Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa beramai-ramai dan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

Majlis ini merupakan acara keagamaan tahunan bagi Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam menyemarakkan bulan Ramadan dan mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT.

ARTIKEL YANG SAMA