Kem. Pertahanan, Bolkiah Garison anjur majlis korban

Kem. Pertahanan, Bolkiah Garison anjur majlis korban

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison turut memeriahkan majlis ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha dengan mengorbankan sembilan ekor kerbau dan 12 ekor kambing, di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, petang tadi.

Hadir mengagihkan daging korban berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar; ahli-ahli eksekutif Kementerian Pertahanan dan pemerintah angkatan bersama ABDB.

Turut hadir ialah pengarah-pengarah tentera dan awam, penghulu Mukim Berakas dan ketua-ketua kampung dan juga penduduk kampung sekitar Bolkiah Garison.

Daging-daging berkenaan telah diagihkan kepada kakitangan awam Kementerian Pertahanan, anggota ABDB dan golongan-golongan asnaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan Bolkiah Garison. Acara korban dan akikah yang sama juga telah dilaksanakan di semua perkhemahan dan garison ABDB sejak 10 hingga 13 Zulhijah 1437 Hijrah.

Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB ketika mengagihkan daging-daging korban kepada para penerima.
Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB ketika mengagihkan daging-daging korban kepada para penerima.