Kem tentera Kashmir India diserbu militan

Kem tentera Kashmir India diserbu militan

SRINAGAR, India, 25 Nov (AFP) – Militan-militan bersenjata menyerbu kem tentera di Kashmir yang ditadbir India hari ini berhampiran sempadan yang ditenterakan yang membahagi wilayah yang dipertikaikan dengan Pakistan, menurut polis.

Letupan kuat kedengaran ketika para penyerang memasuki kem tentera dengan melontar bom tangan dan melepaskan tembakan senjata automatik di Tangdhar, 140 kilometer barat laut bandar utama, Srinagar.

“Tiga hingga empat penyerang berani mati memasuki ibu pejabat unit tentera,” superintenden polis Aijaz Ahmed memberitahu AFP.

“Dalam drama berbalas-balas tembakan seorang tentera telah tercedera.”

Kashmir telah dibahagikan di antara India dan Pakistan sejak berakhirnya era pemerintahan jajahan Britain pada tahun 1947.

Tentera India berjaga berhampiran di mana pertemuan yang berlaku di sektor Tanghdar utara daerah Kupwara Kashmir semalam. – AFP
Tentera India berjaga berhampiran di mana pertemuan yang berlaku di sektor Tanghdar utara daerah Kupwara Kashmir semalam. – AFP

Kedua-dua negara itu telah menuntut wilayah Himalaya keseluruhannya dan terlibat dalam tiga peperangan dalam usaha untuk merebut kembali penguasaan ke atas wilayah itu.

Beberapa kumpulan pemberontak selama berdekad-dekad telah memerangi pasukan India yang dikerah di rantau itu, dalam mencari kemerdekaan atau menggabungkan wilayah itu dengan Pakistan.

Pertempuran yang berlaku itu telah mengorbankan berpuluh-puluh ribu orang, kebanyakannya yang terkorban terdiri daripada orang awam.

India kerap menuduh Pakistan membekalkan senjata, memberi latihan dan telah menghantar beberapa pemberontak ke seberang sempadan ke Kashmir yang ditadbir India.

Islamabad menafikan dakwaan itu, dengan mengatakan ia hanya memberi sokongan politik bagi perjuangan mereka itu.