Kemahiran pengajaran berkesan

Kemahiran pengajaran berkesan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Kira-kira 50 orang kakitangan akademik Kolej IGS menyertai kursus komprehensif mengenai Cara Baru dan Berkesan Mengajar yang berlangsung selama tiga hari di kolej berkenaan. Kursus yang termasuk dalam aktiviti ‘Train the Trainer’ itu merupakan salah satu inisiatif kolej untuk terus meningkatkan kualiti tenaga pengajarnya.

Sesi kursus tersebut dikendalikan oleh fasilitator terlatih dari Kuala Lumpur yang antara lain menekankan cara terbaru yang menyeronokkan dan menaikkan semangat untuk mengajar.

Kakitangan Kolej IGS bergambar ramai pada kursus tersebut.
Kakitangan Kolej IGS bergambar ramai pada kursus tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA