Kemahuan sebenar rakyat Myanmar

Kemahuan sebenar rakyat Myanmar

YANGON, Myanmar, 3 Nov (Agensi) – Pilihan raya umum 2015 yang bersejarah yang akan diadakan, dijadualkan Ahad, akan memperlihatkan keinginan sebenar rakyat, Presiden Myanmar U Thein Sien berkata hari ini.

Dalam ucapan bulanan beliau kepada seluruh negara, U Thein Sein berkata usaha 100 peratus sedang dibuat untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil dalam cara aman.

Beliau menekankan pentingnya setiap undi individu rakyat, dengan mengatakan jika kekuatan setiap individu boleh dikumpulkan, ia akan meningkatkan kekuatan utama.

Beliau menggesa rakyat supaya mengundi dengan jujur dengan ketabahan dan berpandangan jauh.

Beliau juga menyeru parti-parti politik dan individu-individu supaya menghormati dan menerima keputusan pilihan raya sebagai menghormati hasrat rakyat, dengan menggesa semua ketua politik supaya menyelaraskan dan bersama-sama memeriksa dengan teliti penyelesaian bagi kemunculan peristiwa politik yang akan diterima oleh semua kumpulan politik dalam tempoh selepas pilihan raya.

Pemimpin pro-demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ketika kempennya menjelang piliran raya umum Myanmar. – Reuters
Pemimpin pro-demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ketika kempennya menjelang piliran raya umum Myanmar. – Reuters

Mengaitkan selepas penandatanganan Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA) dengan kumpulan-kumpulan bersenjata, beliau mengulangi ruang terbuka kepada mereka yang masih kumpulan bersenjata yang belum menyertai penandatanganan itu.

Bagaimanapun beliau mengakui wujud beberapa konflik dan kesukaran dan cabaran yang menggesa bagi usaha untuk menamatkan pertelingkahan seluruh negara dan memulakan dialog politik yang merangkumi semua.

Kerajaan Myanmar dan lapan kumpulan bersenjata etnik dari 15 kumpulan yang menandatangani perjanjian bersejarah NCA pada 15 Oktober, dan usaha yang sedang diteruskan untuk membawa kumpulan bersenjata yang masih ada untuk mengikut sama dan menyelesaikan proses damai.

Sementara itu, pilihan raya 8 November telah memasuki pengiraan detik lima hari.

ARTIKEL YANG SAMA