Kemalangan bermotor ragut 16 jiwa

Kemalangan bermotor ragut 16 jiwa

HYDERABAD, India, 15 Mei (AP) – Sebuah trak dan lanca bermotor berlanggar di selatan India, membunuh 16 orang, separuh di antara mereka daripada sebuah keluarga, kata polis hari ini.

Kesemua mangsa datang daripada lanca dan sedang dalam perjalanan ke sebuah kuil di daerah Adilabad negeri Telangana pada malam semalam. Kawasan itu terletak 270 kilometer dari timur laut Hyderabad, ibu negeri wilayah, kata pegawai polis A. Ramulu.

Tiga orang lain dimasukkan ke hospital. Mangsa yang terbunuh termasuk lapan ahli sebuah keluarga dan kebanyakan mereka adalah pekerja tanur bata.

Kemalangan jalan raya adalah kejadian biasa di India, kebanyakannya disebabkan pemanduan cuai, kesesakan kenderaan, jalan raya yang tidak diselenggarakan dengan baik dan kenderaan usang. Kira-kira 240,000 orang terbunuh di jalan raya setiap tahun.

ARTIKEL YANG SAMA