Kemalangan di Kg Sungai Buloh, seorang cedera

Kemalangan di Kg Sungai Buloh, seorang cedera

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Seorang lelaki tempatan cedera di bahagian kaki apabila kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian berdekatan Simpang 705, Kampung Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar pukul 5:35 pagi, dan siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 5 pagi.

Pemandu berkenaan setelah diperiksa hanya mengalami cedera ringan di bahagian kaki dan telah di bawah ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk rawatan lanjut.

Menurut saksi di tempat kejadian, kereta berkenaan terbabas ke bawah bukit dan terpaksa diangkat menggunakan jentera ke atas lori.

Kereta jatuh ke bawah bukit di kawasan Kampung Sungai Buloh.
Kereta jatuh ke bawah bukit di kawasan Kampung Sungai Buloh.
Kereta berkenaan di angkat menggunakan jentera ke atas lori.
Kereta berkenaan di angkat menggunakan jentera ke atas lori.

ARTIKEL YANG SAMA