Kemalangan GP Belgium, Magnussen cedera ringan

Kemalangan GP Belgium, Magnussen cedera ringan

PARIS, 29 Ogos – Kevin Magnussen terlepas dari sebarang kecederaan akibat kemalangan yang berlaku di Grand Prix Belgium semalam, walaupun penyertaannya pada GP Itali minggu depan diragukan.

Magnussen mengalami luka kecil di pergelangan kirinya dan dibawa ke hospital bagi menjalani X-ray, kata ketua pasukan Renault, Frederic Vasseur selepas perlumbaan itu, yang menambah “Semuanya kelihatan OK.”

Kemalangan Magnussen adalah jelas dan mengakibatkan perlumbaan dihentikan selama 20 minit ketika pembaikan dilakukan kepada penghadang yang dirempuh oleh keretanya. Dia keluar dari kemalangan tersebut dan berjalan dalam kesakitan ketika pegawai litar mengangkat tangannya.

Dengan menggambarkan keadaan keretanya, kecederaan pemandu dari Denmark itu dilihat ringan.

Skrin besar memaparkan kejadian kemalangan pemandu Renault, Kevin Magnussen semasa GP Formula Satu Belgium di litar Spa-Francorchamps. – AFP
Skrin besar memaparkan kejadian kemalangan pemandu Renault, Kevin Magnussen semasa GP Formula Satu Belgium di litar Spa-Francorchamps. – AFP

Tetapi Renault perlu menentukan dengan segara sama ada dia merasa cukup cergas untuk berlumba di Monza, kerana menggantikan Magnussen pasti memberikan kerunsingan.

Esteban Ocon dari Perancis adalah pemandu rizab yang dikhaskan Renault musim ini, tetapi sekarang berlumba bagi pasukan Manor.

Ia adalah kerana Manor baru–baru ini menamatkan pemandu dari Indonesia, Rio Haryanto – hilang kesabaran dengan penajanya – dan menggantikannya dengan Ocon bagi musim selebihnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA